Friday, January 29, 2010

Kek Mentega Pelangi & Selamat Hari Lahir Ke 4 Tahun Buat Haziq..

Salam pagi Jumaat..

Hari ni 29 Januari 2010 (opss.. macamana tarikh kat blog hari ni jadi Khamis 28hb yer sepatutnya Jumaat 29hb??)genap 4 tahun umur anak bujangku Haziq. Hari Haziq dilahirkan pada waktu itu bersamaan dengan hari sambutan Tahun Baru Cina dalam tahun 2006.. tapi kira dah hujung2 hari dah sebab Haziq lahir tepat pukul 11.59 malam. Tinggal seminit jer lagi nak masuk 30hb. Kalau diikutkan waktu tu Haziq belum cukup 40 minggu dalam kandungan. Tapi oleh kerana ibu ada masalah kesihatan.. terpaksalah ibu di'induce' awal 2 minggu dari tarikh due yang sebenar. Setelah ibunya berhempas pulas menahan kesakitan yang amat sangat.. akhirnya.. dapat juga Haziq melihat dunia pada tarikh 29hb Januari 2006. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat..

Bila dah lahir.. sekarang barulah tau rupanya Haziq berkongsi tarikh istimewa ini dengan 2 orang lagi yg dekat dengan kami iaitu anak sulung jiranku iaitu Zetty & juga kawan sekolah ku yang kini berada di Kota Tinggi Johor iaitu Norlela Ithnin.. Happy birthday buat Zetty & Ella... Kami doakan yang terbaik buat Zetty & Ella yang jauh di sana..

Buat anak ibu Haziq... ibu ucapkan selamat hari lahir buatmu sayang.. Semoga Haziq akan menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti dan berjaya dalam hidup... Aminn...




Kali ni.. aku nak masukkan gambar & resepi Kek Mentega Pelangi yang resepinya diambil dari FP MamaFaMi..Kalau tak silap.. menurut mama beliau ambil resepi ni dari blog Bro Rozzan iaitu resepi butter cake.. MamaFaMi yang terlalu fanatik & sukakan warna-warna itu telah mengubah resepi kek butter yang plain menjadi kek butter pelangi yang indah lagi menawan. Sekarang.. giliran MaDiHaA pulak meniru mama kerana terpesona dengan kek pelangi mama yg indah itu walaupun kek yang aku buat ini tidak seindah air tangan Mama.... So untuk kedua2 pakar memasak ini MaDiHaA ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Macam biasa.. resepi ini aku kopipes terus dari FP mama.. Thanks to mama & juga bro Rozzan..




KEK MENTEGA PELANGI
Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros (MaDiHaA tak letak ni)
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...