Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, December 31, 2012

Lemak Rebung Rencah Bilis

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2012... Selamat tinggal 2012 yang penuh suka & duka buat kami yang tak mungkin dapat dilupakan... Semoga tahun 2013 menjanjikan kebahagiaan & kejayaan buat kami sekeluarga.. amin..

Oklah hari ni MaDiHaA kerja separuh hari.  Sama seperti tahun2 yang lepas setiap kali 'new year eve' big boss memang bagi free half day & kalau boss ada ekstra baik hati... dia akan belanja lunch juga.. hehe... Alhamdulillah ler kan ada orang nak belanja lunch.  Bukan senang nak merasa makan kat hotel/restoren2 mahal ni kan.. so pagi ni takleh ambil sarapan berat... kosongkan perut untuk free lunch.. kekekeke... dasar kuat makan kan? heeee...

Oklah... pagi ni kongsi resepi lauk kampong jelah ye... Lemak Rebung Rencah Bilis je sebab takde stok perut so MaDiHaA masak jelah rebung kosong pastu blend sekali bawang lada dengan ikan bilis.  Layan jerrr.... asal ada ikan masin memang ngam sangatlah!



Lemak Rebung Rencah Bilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
700 gm rebung jeruk (MaDiHaA guna rebung yg panjang2 tu.. so kena hiris2 sendiri) 
2 btg serai ~ ketuk
serbuk perasa & garam
sebiji kelapa di ambil santan secukupnya
Bahan ditumbuk/kisar halus
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 ~ 20 biji cili padi (ikut kepedasan yg anda suka) 

2 inci kunyit hidup ~ tumbuk halus 
sejemput ikan bilis ~ dibersihkan
 
Cara memasak
1) Rebung direndam dengan air bersih beberapa jam untuk mengurangkan rasa masam & bau. Toskan. 
2) Jerang santan bersama bahan2 tumbuk, serai & garam. Kacau2 sentiasa.
3) Bila mendidih.. masukkan rebung & serbuk perasa.
4) Biarkan mendidih sambil dikacau2 selalu agak tidak membuak.
5) Rasakan garamnya & bolehlah dihidangkan.
Selamat memasak!

4 comments:

mama sara nur said...

assalam k.madiha
lunch kat mana tu? he he best tu kan betul2 tu kalu boss nk belanja kenalah kosongkan perut nanti rugi la
rebung kalu kat kg ada la , masak lemak memang sedap
selamat thn beru ye... mengharapkan 2013 membawa sinar baru

Rohah said...

biasa makan je kak, tak pernah masak rebung sendiri..

Qhaifa Nur said...

seronoknya half day...
wlaupun simple masak rebung ni tang bau yg menyusuk hidung dah bangkitkan selera...

wati said...

slmt tahun baru kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...