Thursday, February 28, 2013

Adik Alin temankan abang Haziq potong kek sebelum demam...

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Kembali bersiaran di blog kesayanganku ini... 5 hari tak bersiaran di sini kerana keadaan tak mengizinkan..

 
Dua hari Isnin & Selasa aku terpaksa ambil cuti emergency sebab anak dara bongsu ku yang bambam sekali tu diserang demam panas. Sejak hari Sabtu dia demam sehingga ke hari ini dah masuk 6 hari... alhamdulillah pagi ni rasa badannya dah kebah sikit. Hari Sabtu tak bawa ke klinik sebab masih ada ubat demam kat rumah.. jadi bagi ubat yang ada tu dulu. Hingga ke Ahad tak nampak perubahan akhirnya bawa ke Klinik berdekatan rumah. Bila doktor cek suhu badannya.. 39.6 darjah celcius! Ya Allah.. terkejut aku.. Doc kata tonsil pun bengkak.. hingga dah bercantum kedua2 tonsil kiri & kanan.. mgkin sbb tu dia pun tak selera nak makan. Membawa ke hari Isnin masih tak berubah.. demam masih on off.. tp yg banyaknya memang panas sokmo badannya walau selepas 1 jam atau 2 jam beri ubat & antibiotik... macam ubat tak serasi je dgn dia.. jd Isnin tu kenalah ambil emergency leave. Malamnya berharap demamnya makin berkurang tapi nampaknya sangkaan meleset.. malam tu paling teruk panas.. terpaksa ibu berjaga utk pantau keadaan dia.. kena selalu jaram kepala dgn kain basah.. Kdg2 nmpak dia menggigil2 kesejukan walaupun dah berselimut dengan comforter... kesiannya Alin. Pukul 2.30am waktu beri ubat.. setengah jam kemudian rasa badan.. masih panas. Selepas sejam rasa badan.. masih juga panas. Terus sms ayahnya yang kerja mlm ajak bawak ke hospital pula esok pagi (selasa). Lepas hantar abang Haziq ke sekolah & pulang kerumah & bersiap sementara tunggu ayah pulang dari kerja. Kemudian teruslah kami ke hospital PPUM. Doktor cek segala & darah terpaksa di ambil sebab Alin dah 4 hari demam masa tu.. takut ada denggi juga sebab kulitnya dah nampak ada rashes.. Lepas 1 1/2 jam baru keputusan ujian darah keluar.. alhamdulillah platlet darah normal bermakna bukan denggi. Tapi menurut doktor ada tanda2 viral infection.. Doktor am terpaksa panggil pula doktor pediatric untuk periksa lanjutan & lebih detail. Tambahan pula Alin tergolong kanak2 obes... jadi dos ubat kena lebih dari kanak2 normal. Hingga ke petang juga barulah selesai segala. Tapi alhamdulillah sebab tak kena admit.. Doktor hanya bagi ubat demam & antibiotik dengan dos yang sesuai dgn berat badannya. Masih ada rawatan susulan selepas ini.. harap2 semuanya okay. Doa2kan anak ku cepat sihat ye kawan2... 

Tahun ni abang Haziq potong kek tanpa kakak kesayangannya sebab kakak di asrama... 

Oklah kat sini aku kongsikan gambar2 abang Haziq potong kek sempena umur 7 tahun baru2 ni.  Waktu ni adik Alin belum demam lagi.  Sebenarnya buat kek dah lewat dari tarikh hari lahir sebenar (biasalah kan.. ibu dia tak rajin sgt nak buat kek.. hehe).   Waktu kakaknya balik dari asrama tempohari dah sambut ala kadar hari lahirnya dengan beli KFC je.. Rupanya abang Haziq dah pandai komplen kenapa ibu tak buat kek harijadi.. hehehe... padahal dia bukannya makan sgt pun jenis2 kek ni... tp sajalah kot.. teringin nak tiup lilin & potong kek je... bab makan tu.. dia serah kat orang lain.. haha.. Oklah atas permintaan abang ibu buat jugalah kek tu... alhamdulillah dapat bagi sikit kat jiran2, auntie2nya (my cousin), bekas pengasuhnya (mak Ani) & juga nenek yang mengajar dia mengaji tu... memang muai betul kek tu walaupun tak begitu besar.. yelah kat rumah cuma tinggal berempat.. 2 orang memang tak suka sangat makan kek (ayah & Haziq).. yang suka cuma ibu & adik.. adik pula demam (lepas potong kek tu) & ibu pula tak boleh makan sangat yang manis2.. jadi memang tinggalkan sikit jelah untuk di rumah & selebihnya kita bersedekahla ye..  

Sebelum diserang demam... adik begitu ceria...

Motif ibu buat kek dengan edible image ni pun sebab seminggu sebelum tu ada terima tempahan kek chocolate moist dengan edible image.  Di sebabkan aku tak pernah guna edible image di atas ganache.. jadi buat percubaan dulu untuk kek anak sendiri... atas tunjuk ajar kak Meen (JHD) dan juga sepupunya (Ida Marlida) alhamdulillah jadi juga walaupun kurang sempurna kejadian ganachenya. Tapi takper.. dah tau dimana kesilapannya... alhamdulillah kek tempahan elok sempurna ganachenya bila menggunakan ganache resepi Chef Anuar... yang tu akan ku update kemudian nanti...


Untuk kek kali ini aku mencuba Kek Coklat resepi yang dikongsi oleh Cida de'Nuanza.  Pernah merasa kek beliau semasa 1st X-Fotopages Gathering dulu & memang sedap... Sebab tu aku cuba resepi ni.. Alhamdulillah menjadi & sedap.  Mohon share resepinya kat sini ye Cida.. Terima kasih..





Kek Coklat (basic recipe)
Resepi : Cida de'Nuanza

Bahan A:
 
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan A ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)



Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

(satukan semua bahan B )

 


Cara Menyediakan:  
1.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A.  Gaul sebati sampai hilang ketul2.  Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nanti.  
2. Masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci.  (loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) atau gunakan kertas minyak.  
3.  Bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak.  Adunan boleh juga dikukus.



Nota Cida/Nuanza : ok...utk resepi di atas, mcm yg aku bgtau, boleh di bakar atau di kukus.. hanya guna resepi yg sama.

utk saiz cawan, aku gunakan cawan kopi yg biasa kita guna di rumah, xde pun cawan2 metrik khas utk baking..

dan gunakan cawan yg sama utk menyukat semua bahan...

sama spt sudu, aku hanya menyukat menggunakan sudu kfc je..tp penuhkan membumbung, jgn letak paras je..



utk serbuk koko, ni part yg penting

utk hasil yg baik, bahan juga haruslah baik..

guna serbuk koko imported yg berkualiti

cthnya van houten..



kalo biasa ke kedai bakery, biasa ada serbuk koko imported yg di pek semula

x kisah le, janji serbuk koko yg elok..

dan utk resepi diatas, bg 1 cawan kek coklat, 3/4 cwn aku gunakan serbuk koko imported, manakala 1/4 lg aku gunakan serbuk koko hotam, atau dark cocoa powder atau ada juga kedai bakery yg malabelkan sbg oreo cocoa powder (bukan biskut oreo yg diblend ye..)- biasa cuma di jual di kedai bakery sahaja

kalo x de cocoa powder hitam, memadai gunakan cocoa powder biasa shj...

Nota MaDiHaA : Untuk kek yang MaDiHaA buat ini, MaDiHaA gunakan 1 1/2 adunan bagi loyang 10 inci. MaDiHaA bahagikan 2 sama banyak & bakar dalam loyang berasingan selama 40 minit dengan suhu oven 175C (bergantung oven masing2 ya).  
Resepi ganache pula menggunakan 2 1/2 adunan resepi dari Mat Gebu seperti di bawah.



RESEPI COKLAT GANACHE (Cik Mat Gebu):

  • 200 grm coklat masakan (MaDiHaA guna 500 gm coklat compound jenama Berryls)
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipping cream (MaDiHaA guna 250ml susu cair)
  • 1 sdt butter

Cara-cara :

  • Didihkan susu bersama coklat yang dipotong halus
  • Agak-agak coklat dah mencair, tutup api dan teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya & tambahkan butter.
  • Kacau sebati.



 Selamat mencuba!

Friday, February 22, 2013

Ayam Bakar Blackpepper



Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua....


Jumaat datang lagi... hari ini merupakan hari Jumaat terakhir dalam bulan Februari.. cepat betul masa berlalu pergi.. kadang2 tu tak sedar masa berlalu dek kesibukan dengan pelbagai macam perkara yang perlu diuruskan.  Semoga apa juga yang kita lakukan akan sentiasa diberkati ilahi & jauhilah dari melakukan perkara2 tidak mendatangkan faedah serta menyakiti hati insan yang lain... Sesungguhnya hidup didunia ini hanyalah sementara sahaja...  



Semasa MaDiHaA tinggal 3 beranak waktu en. suami pulang ke kampong menghantar anak sulung ke asrama & juga menghabiskan cuti raya Cina nya tempohari.. tekak ni tiba2 terasa nak makan ayam bakar tanpa nasi.  Sebenarnya dah beberapa hari juga berangan2 nak bakar ayam.  Sementelah pemanggang ajaib saiz XL yang MaDiHaA order pun dah lama MaDiHaA terima tapi tak sempat juga nak mencuba.  Hanya ketika baru2 dapat dulu MaDiHaA ada cuba bakar terung menggunakan pemanggang tu untuk dibuat pecal.  Tapi tak sempat pula nak ambil gambar masa tu sebab MaDiHaA buat tu masa mak & adik2 datang bertandang.  Tak sedap pula nak ambik2 gambar.. Jadi ini merupakan kali kedua menggunakannya & ternyata sangat menjimatkan masa berbanding bakar menggunakan oven.  Patulah ramai yang beli pemanggang tu.  MaDiHaA je yang ketinggalan sebab belum cukup modal.. hehee... Tapi alhamdulillah ada hikmah juga MaDiHaA tunggu sebab bila MaDiHaA dah bersedia nak membeli ternampak Atie iklankan pemanggang ajaib saiz yang lebih besar (warna hitam) jadi teruslah order satu dengan Atie.  hehe... Sapa2 yang nak order bolehlah order dari Atie @ Azatiesayang ye... berbaloi2..



Oklah untuk resepi Ayam Bakar Blackpepper kali ni MaDiHaA cuba resepi dari Dapurmamasya iaitu Puan Azila yang mana semua anak2nya sangat gemarkan ayam panggang.  Memang tak rugi mencuba resepi ini sebab tersangatlah sedap.  MaDiHaA perap ayam hampir 24 jam di dalam peti sejuk (bahagian rak tengah) & selepas dibakar.. isi ayam sangat mesra & terasa dengan rempah ratusnya.  Terima kasih Zila berkongsi resepi sedap ni ye.. MaDiHaA bakar juga beberapa biji kentang untuk menggantikan nasi sebagai hidangan kami 3 beranak selain sampingannya coleslaw, daun salad & kacang panggang. 

Jom cuba! rugi tak cuba tau...  terima kasih Zila.. mintak izin letak resepi kat blog MaDiHaA ye..


 
Ayam Bakar Blackpepper
Resepi :
Azilla@Dapur Mamasya

Dicuba oleh : MaDiHaA
 
Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil (bahagian dada ayam MaDiHaA potong 2 bahagian isinya supaya nipis & cepat masak)

5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa (MaDiHaA guna 1 sudu besar saja sebab perap 24jam)
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar.  (MaDiHaA bakar dalam pemanggang ajaib total 45 minit sahaja menggunakan api sederhana kecil.. sesekali dibalik2kan ayam dan sambung bakar lagi sehingga ayam masak.. 15 minit terakhir MaDiHaA masukkan kentang yang dipotong wedges & dibakar bersama2.)



Selamat mencuba!

Thursday, February 21, 2013

Cucur Kembong & buah tangan dari kampong...

Assamualaikum & selamat petang semua...



Uishhh.. dah pukul 3 lebih rupanya... Pagi tadi tak sempat langsung nak update blog..  Takpe takpe... yang wajib kena diutamakan... blog ini hanya sekadar mengisi masa lapang kan...


Memandangkan hari dah petang... MaDiHaA kongsikan menu minum petang kami last weekend semasa menunggu en. husband pulang dari kampong... hehe.. ringkas je menunya kan. Takper yang penting anak2 suka & menyediakannya pun sangatlah mudah.  MaDiHaA jarang sangat buat cucur manis macam ni sebab bimbang anak2 tak suka.  Terutama untuk sarapan pagi sebab biasanya anak2 & suami lebih gemarkan sarapan savoury.  Kalau cucur ikan bilis tu memang keraplah. Cuma malas nak ambik gambar je.  Tapi kali ni disebabkan menu untuk minum petang rasanya anak2 pasti suka.  Alhamdulillah bila dah siap goreng memang mendapat sambutan.  Apatah lagi makan Cucur Kembong ini.. ianya tersangatlah lembutnya.  Manisnya pun bak kata orang manis2 buah je.  Bukan setakat anak je yang makan banyak.. ibu dia pun sama naik juga.. hehe..

Walaupun ramai yang dah biasa buat cucur manis sebegini tapi mungkin caranya berbeza.  Apakata kita cuba pula resepi dari Sajian Dapur Bonda ni.. MaDiHaA ternampak di blog Kak Rose.. & tiba2 rasa teringin pulak nak makan cucur manis.  Minta izin ye Kak Noor Sajian Dapur Bonda & terima kasih berkongsi resepi & terima kasih juga Kak Rose yang mengwar2kan...

Jom cuba buat minum petang ni..





CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS
Resepi : Kak Noor@Sajian Dapur Bonda
Sumber : Kak Rose & MaDiHaA

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder ~ MaDiHaA pun ikut sama Kak Rose)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng


 Cara-cara menyediakannya: 
 

1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.



Kat bawah ni buah tangan yang en. husband bawa balik dari kampong lepas cuti Chinese New Year tempohari.  Walaupun balik naik bas tapi rajin juga dia bawak balik buah duku yang berat tu.. hehehe..  Selain buah duku, ada juga petai & bunga kantan yang MaDiHaA pesan.. hehe.. Terima kasih abang!  Kalau balik kampong MIL memang wajib bawak balik bunga kantan sebab kat kampong MIL memang banyak.  Kalau di bandar ni harganya bukan main mahal lagi kan... kadang tu rasa macam ralat je nak beli.. hehe... 



Terima kasih abang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...